Monday, August 28, 2017

MATLAMAT MENGHASILKAN TELEKUNG SI CILIK

Entri #44
Teks : Musba Hanim Haron
Foto : Koleksi peribadi


Belek-belek handphone. Allah, comel sungguh mereka ini pakai telekung..

Sebahagian gambar yang diterima dari customer
Mula-mula Ummi buat telekung kanak-kanak sekadar suka-suka. Diizinkan Allah, 2014 buat personel coaching dengan En. Mohd Firdaus Mat Saad. Mengenali beliau melalui facebook sahaja sebelum tu. Namun dengan izin Allah dapat berjumpa face to face. Banyak ilmu yang dikongsi bersama.

Kenangan bersama En Firdaus, Ummi dan staf Ummi ketika 2014
🌼 Kita bukan jual produk kak, kita jual value product tu.
🌼 Akak buat le ayat power sikit...
     - Inginkan anak-anak anda mencintai solat sedari kecil.
     - Kepakaran kami adalah membantu ibu bapa di luar sana untuk mendidik anak mencintai solat
       dari kecil lagi.

Itu antara yang masih Ummi ingat. Bermula dari situ Ummi mula letak matlamat sebenar kenapa hasilkan telekung yang comel-comel ini. Bukan sekadar suka-suka.

Terima kasih En. Firdaus dengan ilmu yang diberi. Semoga beliau berjaya dunia & akhirat.

Wallahua'lam


No comments:

Post a Comment